Sunday, Apr 26 2015 

 

PENYATA BULANAN KILANG BUAH - MPOB (EL) MF 4

Nombor Lesen
Password
 

PENGUMUMAN

PERINGATAN PENGHANTARAN PENYATA BULANAN BAGI BULAN APRIL 2015
Seperti yang tuan sedia maklum, cuti umum bagi Hari Pekerja akan jatuh pada 01 Mei 2015 (Jumaat) diikuti dengan cuti hujung minggu pada 02 Mei 2015 (Sabtu) dan 03 Mei 2015 (Ahad) serta cuti gantian Hari Wesak pada 04 Mei 2015 (Isnin). Sehubungan dengan itu, adalah diharap agar semua pemegang lesen MPOB membuat persediaan supaya penyata bulanan (yang telah disemak) dapat dihantar sebelum atau pada 07 Mei 2015 (Khamis).

 

PERINGATAN BAYARAN SES
'PEMBAYARAN SES HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM 28 HARIBULAN SETIAP BULAN BAGI MENGELAK TINDAKAN PENGUATKUASAAN DIKENAKAN'
Di bawah Seksyen 35(4), berbunyi;
"Seseorang yang tidak atau enggan membayar atau membayar sebahagian atau lewat membayar dalam tempoh yang ditetapkan apa-apa ses yang dibawah seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan; boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya"
"Sila abaikan peringatan ini sekiranya anda telah menjelaskan bayaran ses dalam tempoh masa yang ditetapkan. Terima Kasih."